KUALA LUMPUR 4 Sept. - Pegawai Khas kepada Timbalan Perdana Menteri, Prof. Madya Khairil Annas Jusoh hari ini menuntut Imam Masjid Wilayah Persekutuan, Ramlang Porigi dan akhbar Suara Keadilan serta Siasah meminta maaf secara terbuka kepadanya.
Beliau berkata, tuntutan ini berhubung penyiaran kenyataan fitnah Ramlang di dua akhbar tersebut yang telah mengaitkannya sebagai orang yang mengatur dan menguruskan acara sumpah laknat bekas pembantu Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.
Katanya, berita yang memetik wawancara dengan Ramlang itu adalah tidak benar sama sekali kerana beliau bukan sahaja tidak pernah mengenali Ramlang tetapi juga tidak pernah menghubungi, bertemu, berinteraksi atau bercakap dengan Imam Masjid Wilayah Persekutuan itu.
''Oleh itu, tuduhan Ramlang Porigi yang mendakwa bertemu saya di Masjid Wilayah Persekutuan dan bahawa sayalah yang mengatur dan menguruskan majlis sumpah Mohd. Saiful adalah satu pendustaan.
''Kenyataan Ramlang melalui temuramah dan artikel yang disiarkan adalah amat tidak bertanggungjawab.
''Dakwaan beliau yang tidak benar itu telah menganiayai saya dan mencemarkan nama baik saya sebagai penjawat awam,'' katanya dalam kenyataan akhbar yang dikeluarkan di sini hari ini.
Artikel mengenai isu itu disiarkan Suara Keadilan di muka surat 11 di bawah berita bertajuk 'Najib dalang sumpah - Imam Ramlang Porigi' dan 'Imam dedah cerita sebenar - kempen liwat BN hancur' pada edisi 27 Ogos 2008 - 3 September 2008.
Selain itu terdapat rakaman video temuramah dengan Ramlang di dalam Suara Keadilan Online yang dimuatkan pada 25 Ogos 2008.
Sementara dalam akhbar Siasah, ia disiarkan di muka surat tiga di bawah tajuk 'Siapa malu besar di Permatang Pauh' yang dimuatkan dalam keluaran akhbar itu yang bertarikh 31 Ogos 2008 - 6 September 2008.
Ramlang merupakan imam yang menyaksikan Mohd. Saiful membuat sumpah laknat ke atas Anwar yang berlangsung di Masjid Wilayah Persekutuan pada 15 Ogos lalu.
Ramlang bagaimanapun kemudiannya mencetuskan kontroversi apabila muncul di atas pentas politik ketika Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh untuk mengumumkan bahawa dirinya telah 'dipaksa' untuk menjadi saksi Mohd. Saiful dengan mendakwa diarahkan oleh 'orang atasannya'.
Sementara itu, tegas Khairil, selain menuntut Ramlang dan akhbar itu meminta maaf, beliau juga mahu mereka menarik balik dan memperbetulkan semula kenyataan yang salah lagi mengelirukan dalam keluaran akhbar itu yang akan datang.
''Saya turut menuntut agar kenyataan akhbar ini diterbitkan di halaman utama kedua-dua akhbar tersebut.
''Apa pun pada ketika ini, peguam-peguam saya sedang meneliti untuk mengambil tindakan berasaskan undang-undang dan saya merizabkan semua hak-hak saya terhadap Ramlang dan kedua-dua akhbar tersebut,'' tegasnya.
Pada perkembangan yang sama Khairil menambah, dakwaan Ramlang bahawa berlaku pertemuan pada tarikh 15 Ogos antaranya dengan Imam Masjid Wilayah Persekutuan itu juga adalah tidak benar.
Katanya, ini kerana ketika itu beliau sedang berada di Pulau Pinang bersama ahli keluarga dan sahabat handai yang dengan itu, amatlah tidak munasabah untuk dirinya boleh berada di dua tempat pada masa yang sama.
''Akhbar Suara Keadilan dan Siasah juga tidak pernah sama sekali berusaha mendapatkan komen daripada pihak saya mengenai dakwaan Ramlang sebelum menerbitkan artikel temuramah tersebut.
''Kepada Ramlang, saya menuntut agar beliau tampil membersihkan nama saya dan tidak berbohong dalam hal ini. Sebagai seorang pegawai agama, saya yakin beliau seharusnya memahami yang fitnah itu lebih besar dosanya daripada membunuh,'' tegasnya.
Sumber Utusan Online
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
MESTI BACA
-
-
The King, his family and U - *Or … “Who needs to be a crony when you can be a Royal Crony Pt 2”* Damansara, 6/12: Ten years ago, this blog published the article *Who needs to be a cron...1 month ago
-
-
Hari Melayu Sedunia ke 5 Menuntut Perpaduan Melayu di Nusantara. - Catatan 1: Tanggal 12 RabiulAwal 1441H bersamaan 9 November 2019 menyaksikan satu lagi acara bersejarah untuk umat Melayu di Nusantara. Pada tarikh keramat...5 years ago
-
AL-AQSA MENANGIS DARAH! - *Bersama Syeikh Yusuf Abu Sunainah - Imam Masjid Al-Aqsa As-Syarief, Baitula-Maqdis* *AL-AQSA MENANGIS DARAH!!!** *Al-Aqsa* *Bumi para anbiya* *Kelahir...9 years ago
-
Tawakkal Seperti Burung dan Haiwan Melata - *Tawakkal Seperti Burung dan Haiwan Melata* *Abu Numair* www.ilmusunnah.com Dari ‘Umar bin Al-Khaththaab radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alai...9 years ago
-
MH370: Krisis komunikasi seperti isu kangkung - Pada pandangan saya kelemahan Kerajaan di dalam menangani krisis #MH370 berkisar kepada kegagalan komunikasi. Implikasinya menunjukkan seolah wakil Badan P...10 years ago
-
Sejarah Realiti menjadi REALITI..Dapatkan Di Pasaran - Usaha kami tidak pernah luntur, dapatkan majallah ini di pasaran atau kedai buku berdekatan anda.14 years ago
-
PERBAHASAN ILMIAH ANTARA ISLAM DAN KRISTIAN UNTUK SELESAIKAN ISU PENGGUNAAN NAMA ALLAH - Isu penggunaan nama Allah kini terus hangat menjadi perbualan rakyat di negara di kedai-kedai kopi, restoran, masjid dan pastinya di gereja-gereja. Apatah ...15 years ago
-
-
-
-
0 comments:
Post a Comment