Misteri kehilangan Dr. Mohamed Osman Abdul Hamid terjawab apabila doktor yang memeriksa Mohd. Saiful Bukhari Azlan di Hospital Pusrawi pada 28 Jun lalu muncul dalam sidang akhbar di pejabat Majlis Peguam di sini hari ini.
Dalam sidang akhbar itu, beliau mempertahankan satu akuan bersumpahnya dan juga laporan pemeriksaan ke atas Mohd. Saiful yang mendapati tiada kesan diliwat.
Dr. Mohamed Osman berkata, beliau menghilang sejak 25 Julai lalu bukan untuk melarikan diri kerana diancam atau diugut tetapi mengambil cuti kerana tertekan dan mahu mententeramkan fikirannya.Menurutnya, beliau tertekan ekoran siasatan polis berhubung laporan pemeriksaan perubatannya ke atas Mohd. Saiful yang tersebar di Internet sebelum ini.
“Saya mempertahankan akuan bersumpah yang telah saya buat. Saya sangat tertekan dengan sesetengah media yang menggambarkan diri saya seolah-olah tidak profesional. Jadi sebab itu, saya telah ambil cuti untuk kurangkan tekanan dan tenteramkan fikiran,” katanya.
Dr. Mohamed Osman bagaimanapun tidak menyatakan bagaimana beliau boleh membuat kesimpulan bahawa tiada kesan Mohd. Saiful diliwat sedangkan dirinya bukan seorang pakar.
Pada 30 Julai lalu, Pengarah Perubatan Hospital Pusrawi, Dr. Kamaruddin Ahmad menjelaskan bahawa Dr. Mohamed Osman hanya seorang doktor biasa, malah beliau tidak pernah menjalankan pemeriksaan aduan sodomi (liwat) ke atas Mohd. Saiful.
Dalam sidang akhbar itu hari ini, Dr. Mohamed Osman ditemani dua peguamnya, M. Puravalen dan Yusri Kamaruddin.
Sambil menjelaskan yang beliau tidak terbabit dengan mana-mana parti politik, doktor keturunan Myanmar itu berkata, beliau menganggap Mohd. Saiful sebagai pesakit biasa. Menurutnya, beliau tidak mengetahui Mohd. Saiful mendakwa diliwat oleh seorang berprofil tinggi sehingga mengakibatkan dirinya menjadi tumpuan.
“Saya kecewa dan marah dengan penyebaran laporan pemeriksaan perubatan Mohd. Saiful ini. Sidang akhbar ini adalah bagi membersihkan nama saya selepas terlalu banyak kontroversi dan spekulasi yang dikeluarkan oleh media,” katanya.
Dr. Mohamed Osman yang berkhidmat di hospital berkenaan sejak 7 Januari tahun ini berkata, beliau tidak bertanggungjawab dan tahu-menahu mengenai penyebaran kertas pemeriksaan perubatan Mohd. Saiful.
Peguamnya Yusri berkata, pihaknya akan memberi sepenuh kerjasama kepada polis sekiranya mereka memerlukan apa-apa maklumat berhubung kes itu.
Sehubungan itu, Dr. Mohamed Osman akan terus berkhidmat sebagai doktor di Hospital Pusrawi dan kembali bertugas dalam waktu terdekat.
Ditanya sama ada anak guamnya itu dipanggil oleh pihak polis untuk membantu siasatan, Yusri menjelaskan, setakat ini, Dr. Mohamed Osman telah memberi keterangan sebanyak tiga kali.
“Kali terakhir pada minggu lalu oleh pegawai penyiasat Bukit Aman,” katanya. Beliau turut menjelaskan bahawa setakat ini anak guamnya itu tidak pernah ditahan pihak polis.
sumber Utusan Online
p/s : mesti ada penjelasan dari pihak tertinggi tentang perkara ini...masyarakat dan ahli-ahli UMNO tentu tertunggu-tunggu penjelasan dari pihak tertinggi tentang pengakuan bersumpah Dr Mohamed Osman itu...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
MESTI BACA
-
-
The King, his family and U - *Or … “Who needs to be a crony when you can be a Royal Crony Pt 2”* Damansara, 6/12: Ten years ago, this blog published the article *Who needs to be a cron...1 month ago
-
-
Hari Melayu Sedunia ke 5 Menuntut Perpaduan Melayu di Nusantara. - Catatan 1: Tanggal 12 RabiulAwal 1441H bersamaan 9 November 2019 menyaksikan satu lagi acara bersejarah untuk umat Melayu di Nusantara. Pada tarikh keramat...5 years ago
-
AL-AQSA MENANGIS DARAH! - *Bersama Syeikh Yusuf Abu Sunainah - Imam Masjid Al-Aqsa As-Syarief, Baitula-Maqdis* *AL-AQSA MENANGIS DARAH!!!** *Al-Aqsa* *Bumi para anbiya* *Kelahir...9 years ago
-
Tawakkal Seperti Burung dan Haiwan Melata - *Tawakkal Seperti Burung dan Haiwan Melata* *Abu Numair* www.ilmusunnah.com Dari ‘Umar bin Al-Khaththaab radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alai...9 years ago
-
MH370: Krisis komunikasi seperti isu kangkung - Pada pandangan saya kelemahan Kerajaan di dalam menangani krisis #MH370 berkisar kepada kegagalan komunikasi. Implikasinya menunjukkan seolah wakil Badan P...10 years ago
-
Sejarah Realiti menjadi REALITI..Dapatkan Di Pasaran - Usaha kami tidak pernah luntur, dapatkan majallah ini di pasaran atau kedai buku berdekatan anda.14 years ago
-
PERBAHASAN ILMIAH ANTARA ISLAM DAN KRISTIAN UNTUK SELESAIKAN ISU PENGGUNAAN NAMA ALLAH - Isu penggunaan nama Allah kini terus hangat menjadi perbualan rakyat di negara di kedai-kedai kopi, restoran, masjid dan pastinya di gereja-gereja. Apatah ...15 years ago
-
-
-
-
0 comments:
Post a Comment