Sep 14, 2008

AHLI BNBBC TIDAK JUMPA TIAN CHUA

SEPANG 13 Sept. - Ahli-ahli Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC) tidak berjumpa atau terserempak dengan mana-mana pemimpin pakatan pembangkang termasuk Tian Chua di Taiwan, kata Ahli Parlimen Sri Gading, Datuk Mohamad Aziz.

Beliau berkata, ahli-ahli BNBBC yang mengikuti rombongan teknologi pertanian di Taiwan sibuk dengan aktiviti harian sehingga tiada masa terluang untuk berjumpa dengan sesiapa.

''Kita bangun pada pukul 3 pagi untuk bersahur dan pada pukul 8 pagi, kita bertolak menyertai rombongan teknologi pertanian di Taiwan.

''Kita masuk semula ke hotel pada pukul 8 malam dan selepas itu kena bersembahyang dan tidak ada masa untuk jumpa sesiapa pun," katanya kepada pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini. Mohamad merupakan antara ahli BNBBC yang pertama kembali ke tanah air selepas berakhirnya program lawatan ke Taiwan.

Lima pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) berlepas ke Taiwan semalam ialah Ketua Penerangannya, Tian Chua; Timbalan Setiausaha Agung, Low Chee Chong; Timbalan Pengarah Pilihan Raya, Fuziah Salleh; Pengarah Strategi, Saifuddin Nasution Ismail dan Ketua Penerangan Wanita PKR, Elizabeth Wong. Pemergian mereka dikatakan untuk menemui Ahli-Ahli Parlimen BN itu.

Mohamad berkata, kebanyakan ahli BNBBC telah meninggalkan Taiwan untuk pergi ke negara lain atau telah kembali ke tanah air.

''Semalam, ada dua kumpulan Ahli Parlimen BN yang balik ke Sarawak dan Kuala Lumpur, manakala hari ini, saya dan Ahli Parlimen Hulu Rajang, Billy Abit Joo balik ke Kuala Lumpur. Yang lain ada yang pergi ke Hong Kong, tetapi mungkin ada Ahli Parlimen yang terkandas di Taiwan berikutan cuaca buruk," katanya.

Beliau menegaskan, tindakan ahli-ahli BNBBC untuk meninggalkan Taiwan tidak ada kaitan dengan ketibaan lima pemimpin PKR ke negara itu.

''Ini memang rancangan asal kita untuk meninggalkan Taiwan kerana aktiviti kita di situ telah tamat semalam.

''Cuma mungkin ada ahli Parlimen yang terpaksa berlepas ke Hong Kong lebih awal, ini bertujuan mengelakkan mereka terkandas di Taiwan ekoran cuaca buruk yang melanda negara itu," katanya.

sumber Utusan Online


p/s : Nak tau apa Anwar cakap pada Tian Chua bila dia balik...tengok cerita Labu Labi

0 comments:

MESTI BACA

SEJARAH PERJUANGAN

PEMERINTAH, ULAMA DAN RAKYAT

Copyright 2010 Suara Pekembar
Newbie Friendly theme By: Ikhsan Hafiyudin | Powered and Hosted By: Blogger.com