Aug 31, 2008

MESYUARAT PERTAMA UMNO CAWANGAN TAMAN EHSAN

Mesyuarat pertama kepimpinan baru UMNO Cawangan Taman Ehsan telah diadakan pada 30 Ogos 2008 bertempat di dewan UMNO Taman Ehsan.

Mesyuarat yang dihadiri oleh Ketua Cawangan, Mohd Jaya bin Mohd Yasim, Ketua Wanita Hajah Norlia bt Haji Ahmad, Ketua Pemuda, Wan Mohd Hafiz Wan Hamzah dan beberapa orang AJK yang lainnya telah membincangkan serta menetapkan beberapa perkara berikut antaranya :

1. Program di bulan Ramadan dan Syawal
  • Sumbangan UMNO Cawangan kepada Surau Taman Ehsan dalam bentuk kewangan dan tenaga di dalam bulan Ramadan.
  • Program 'Kacau Dodol' di Surau Taman Ehsan yang dicadangkan pada 20 September 2008
  • Jamuan Hari Raya Aidilfitri yang dicadangkan pada 24 Oktober 2008
  • Sumbangan terhadap anak-anak yatim, golongan fakir miskin, ibu tunggal, warga emas dan OKU yang akan diadakan ketika Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri kelak.

Mohd Jaya bin Mohd Yasim selaku Ketua Cawangan menangguhkan mesyuarat sehingga selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri. Mesyuarat UMNO Cawangan seterusnya akan diberitahu pada satu tarikh yang akan ditetapkan.

0 comments:

MESTI BACA

SEJARAH PERJUANGAN

PEMERINTAH, ULAMA DAN RAKYAT

Copyright 2010 Suara Pekembar
Newbie Friendly theme By: Ikhsan Hafiyudin | Powered and Hosted By: Blogger.com