Sep 5, 2008

PERHIMPUNAN MELAYU MUDA-MEMELIHARA KETUANAN MELAYU











Satu perhimpunan terbesar NGO-NGO Melayu telah di adakan pada 30-8-2008 di Arena Square, Kuala Kangsar Perak. Wakil-wakil NGO dan ahli-ahlinya dari segenap pelusuk negeri Perak telah hadir memberi taat setia dan ikrar masing-masing. Sohibul Samahah Dato Seri Harun Sani Mufti Kerajaan Negeri Perak hadir sebagai jemputan khas dan Saudara Salleh Khan bin Mohd Jaafar, Pengerusi bersama program.

Berkenaan Ketuanan Melayu, ini adalah ulasan mantan Presiden UMNO, Tun Mahathir mengenai Ketuanan Melayu :

Saya realist yang pegang kepada kenyataan. Memang Melayu menjadi Tuan dalam Tanah Melayu dahulu.

Tetapi kerana Melayu tidak berusaha melawan penjajah maka di zaman Tanah Melayu dijajah yang jadi "Tuan" dan yang dipanggil "Tuan" oleh orang Melayu sendiri ialah penjajah terutama British.

Kita boleh panggil diri kita "Tuan" tetapi jika kita terpaksa bergantung kepada orang lain dan kita menjadi kuli kepada mereka, memanggil diri kita Tuan tidak bermakna.

Dalam 50 tahun kita merdeka, kuasa politik ada pada kita. Ini membolehkan kita panggil diri kita "Tuan". Tetapi kita tidak Tuan sepenuhnya.Kita boleh jadi Tuan dengan ertikata yang bermakna jika orang Melayu berkebolehan dan berjaya dalam bidang ekonomi dan sosial juga. Ini boleh dihasilkan jika kita sanggup tuntut ilmu dan segala kemahiran dizaman teknologi tinggi. Tetapi kita amat kurang berusaha kearah ini. Kita lebih suka cari jalan mudah. Biar sahaja orang bekal segala-galanya kepada kita.

Hari ini kuasa politik pun sudah terlepas dari tangan orang Melayu. Dan orang bukan Melayu tidak lagi menghormati orang Melayu dan institusi-institusi Melayu. Segala-gala yang dianggap sebagai hak istimewa orang Melayu disoal dan dicabar. Dan orang Melayu tidak membuat apa-apa untuk menangkis semua ini dan mengukuhkan kedudukan mereka.

Sebaliknya mereka meminta-minta orang tertentu mempertahankan kedudukan orang Melayu. Tetapi ini adalah usaha "passing the buck" kata Mat Salleh, termasuk alasan bahawa semua ini adalah kerana Dr Mahathir yang memerintah 22 tahun dan pilih Dato' Seri Abdullah sebagai penggantinya.

Nasib orang Melayu ada ditangan orang Melayu. Kita tidak jadi "Tuan" dengan mengungkit sejarah semata-mata. Kita boleh jadi "Tuan" jika kita berani bertindak, kita sanggup menghadapi risiko, kita berusaha untuk menguasai semua ilmu dan kecekapan sehingga tidak perlu bergantung kepada sesiapa.

Penafian hakikat yang nyata dan benar tidak akan menghasilkan apa-apa. Hanya dengan mengakui kita mempunyai masalah yang besar dan kita bertindak untuk mengatasi masalah itu barulah dapat kita tebus balik maruah kita.

Ketika itu tanpa memanggil diri kita "Tuan" dunia akan iktiraf kita sebagai Tuan yang sebenar.


sumber Penjaga Ketuanan Melayu

0 comments:

MESTI BACA

SEJARAH PERJUANGAN

PEMERINTAH, ULAMA DAN RAKYAT

Copyright 2010 Suara Pekembar
Newbie Friendly theme By: Ikhsan Hafiyudin | Powered and Hosted By: Blogger.com